Tunas Cerdik

Nota: Jualan belum dibuka. Terma ini berkuat kuasa bila jualan dibuka.

Terma Penggunaan & Jualan

Kemas kini: 29 September 2026.

1. Penjual

Tunas Cerdik ialah jenama milik Nuvia Ventures, perniagaan pemilikan tunggal berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, No. pendaftaran 202603080829 (IP0623152-W). Alamat: No 58, Jalan Seri Putra 2/3C, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor. Email: [email protected].

2. Produk

Sedia Tahun 1 ialah web app pembelajaran untuk kanak-kanak 5–7 tahun (membaca BM, menulis, nombor, Hijaiyah dan Jawi), diakses melalui pelayar web. Tunas Cerdik Math & Sains ialah web app latihan Matematik dan Sains untuk murid Tahun 4–6, dalam BM dan English. Ciri utama diterangkan di halaman jualan. Produk ini persendirian dan tidak berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemajuan setiap anak berbeza. Kami tidak menjamin keputusan tertentu.

3. Harga & bayaran

Harga dinyatakan dalam Ringgit Malaysia, termasuk semua caj. Bayaran sekali sahaja melalui ToyyibPay (FPX). Tiada langganan atau caj berulang. Harga pengenalan (Harga Perintis bagi Sedia Tahun 1 dan Harga Akses Awal bagi Math & Sains) terpakai hingga tarikh yang dinyatakan di halaman jualan. Harga yang terpakai ialah harga yang dipaparkan semasa anda membuat bayaran.

4. Akses & penghantaran

Akses diberi serta-merta selepas bayaran berjaya. Buka app (Sedia Tahun 1 di /app/, Math & Sains di /math-sains/app/) dan log masuk dengan email yang digunakan semasa membeli. Kod log masuk dihantar ke email itu. Resit dihantar ke email yang sama.

Math & Sains (Akses Awal): Matematik, Arena Sifir dan kertas latihan Math dibuka serta-merta. Sains bagi setiap tahun (Tahun 4, 5 dan 6) dibuka pada 4 Januari 2027, selepas soalan disemak oleh guru. Jika Sains tidak dibuka pada tarikh itu, email kami dan wang dipulangkan penuh dalam masa 7 hari bekerja dari permintaan anda. Permintaan ini boleh dibuat walaupun tempoh 14 hari dalam Bahagian 6 telah tamat.

5. Lesen penggunaan

Satu pembelian = satu akaun keluarga, sehingga 4 profil anak dan 3 peranti, untuk kegunaan peribadi keluarga. Akses tidak boleh dijual semula atau dikongsi di luar keluarga. Akses kekal selagi produk beroperasi, termasuk semua kemas kini.

6. Polisi pemulangan (Jaminan 14 hari)

Jika tidak berpuas hati atas apa-apa sebab, email [email protected] dalam masa 14 hari dari tarikh pembelian. Gunakan email pembelian, atau nyatakan email itu dalam mesej anda. Wang dipulangkan penuh, tanpa soal, ke akaun asal atau melalui pindahan bank, dalam masa 7 hari bekerja. Selepas wang dipulangkan, akses app bagi pembelian itu ditamatkan.

7. Kesilapan pesanan

Jika terdapat kesilapan dalam maklumat pesanan (contoh: email salah), balas email resit atau hubungi kami, dan kami akan membetulkannya.

8. Kandungan

Kami berusaha memastikan ketepatan kandungan. Jika anda menjumpai kesilapan, laporkan kepada kami dan kami akan membetulkannya secepat mungkin.

9. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 tidak terjejas.

Notis Privasi · Bantuan