Tunas Cerdik

Notis Privasi

Kemas kini: 29 September 2026. Notis ini dikeluarkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 oleh Nuvia Ventures, No. pendaftaran SSM 202603080829 (IP0623152-W), pemilik jenama Tunas Cerdik ("kami"). English version below.

Data yang kami kumpul

Pixel iklan: Kami tidak guna pixel iklan buat masa ini. Notis ini dikemas kini sebelum sebarang pixel dipasang.

Tujuan

Memproses pesanan dan bayaran, memberi akses app, menghantar kod log masuk, resit dan laporan, sokongan pelanggan, mengukur saluran mana yang membawa pelawat (tanpa data peribadi), dan, hanya dengan persetujuan anda, emel tentang produk dan aktiviti Tunas Cerdik.

Persetujuan pemasaran

Persetujuan untuk emel pemasaran ialah kotak berasingan dan pilihan, tidak ditanda secara lalai. Kami simpan tarikh dan versi teks persetujuan. Setiap emel pemasaran ada pautan berhenti langgan. Anda boleh tarik balik persetujuan bila-bila masa melalui pautan itu atau dengan email kepada kami. Emel yang perlu untuk perkhidmatan (kod log masuk, resit, laporan yang anda minta) tetap dihantar.

Kanak-kanak

Data kanak-kanak diminimumkan (nama panggilan, umur atau tahun, kemajuan) dan hanya diproses dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga yang membuat pembelian. Tiada iklan, tiada chat dan tiada mesej antara pengguna.

Lumba Bayang Malaysia (pilihan, App Math & Sains)

Ciri ini mati secara lalai dan hanya dihidupkan oleh ibu bapa dalam tetapan. Bila hidup, kami simpan rakaman larian sifir 60 saat anak: nama samaran rawak dari senarai tetap (contoh "Kancil Biru 42"), avatar, bingkai, tahun persekolahan, markah dan masa setiap jawapan betul. Murid lain boleh nampak nama samaran, avatar dan larian ini. Kami tidak kongsi nama sebenar, email, sekolah atau negeri, dan tiada chat atau mesej. Bila ciri dimatikan, semua larian anak itu dipadam dari pelayan. Larian dipadam secara automatik selepas 90 hari.

Pemproses & pendedahan

Kami tidak menjual data. Data dikongsi hanya dengan pemproses yang kami guna untuk menjalankan perkhidmatan:

Sesetengah pemproses mungkin menyimpan data di luar Malaysia dengan perlindungan yang setara.

Tempoh simpanan

DataDisimpan
Pesanan & rekod bayaran7 tahun (rekod cukai)
Email senarai menunggu / laporan Semakan (lead)Sehingga anda berhenti langgan, atau 24 bulan tanpa sebarang hubungan
Event corong (tanpa data peribadi)13 bulan
Kod log masuk (OTP)10 minit
Sesi log masukTamat selepas 90 hari tidak aktif
Kemajuan belajar anakSelagi akaun keluarga aktif, atau sehingga anda minta dipadam
Rekod persetujuan keluarga beta3 tahun
Larian Lumba Bayang90 hari
Kod sumber dalam peranti anda (localStorage)Sehingga anda padam data pelayar

Hak anda

Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data, atau menarik balik persetujuan pemasaran, dengan email ke [email protected].

Keselamatan & pelanggaran data

Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi data. Jika berlaku pelanggaran data, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya dan pengguna yang terjejas mengikut undang-undang.

Hubungi

Nuvia Ventures, No 58, Jalan Seri Putra 2/3C, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor · [email protected]


Privacy Notice

Updated 29 September 2026. Issued under the Personal Data Protection Act 2010 by Nuvia Ventures, SSM registration no. 202603080829 (IP0623152-W), owner of the Tunas Cerdik brand ("we").

Data we collect

Advertising pixels: We do not use any advertising pixel at present. This notice will be updated before any pixel is installed.

Purpose

To process orders and payments, provide app access, send login codes, receipts and reports, provide support, measure which channels bring visitors (without personal data) and, only with your consent, email you about Tunas Cerdik products and activities.

Marketing consent

Consent to marketing email is a separate, optional checkbox that is not ticked by default. We record the date and version of the consent text. Every marketing email has an unsubscribe link. You can withdraw consent at any time through that link or by emailing us. Service emails (login codes, receipts, reports you ask for) are still sent.

Children

Children's data is kept to a minimum (nickname, age or year, progress) and processed only with the consent of the purchasing parent or guardian. No ads, no chat and no messaging between users.

Malaysia Ghost Race (optional, Math & Science app)

This feature is off by default and can only be turned on by a parent in settings. When on, we store your child's 60-second times-table runs: a random nickname from a fixed list (e.g. "Kancil Biru 42"), avatar, frame, school year, score and the time of each correct answer. Other pupils can see the nickname, avatar and run. We do not share real names, email, school or state, and there is no chat or messaging. Turning the feature off deletes all of that child's runs from our server. Runs are deleted automatically after 90 days.

Processors & disclosure

We do not sell data. We share it only with the processors we use to run the service:

Some processors may store data outside Malaysia with equivalent safeguards.

Retention

DataKept for
Orders & payment records7 years (tax records)
Waitlist / Semakan report emails (leads)Until you unsubscribe, or 24 months without any contact
Funnel events (no personal data)13 months
Login codes (OTP)10 minutes
Login sessionsEnd after 90 days of inactivity
Children's learning progressWhile the family account is active, or until you ask us to delete it
Beta family consent records3 years
Ghost Race runs90 days
Source code on your device (localStorage)Until you clear your browser data

Your rights

You may request access, correction or deletion, or withdraw marketing consent, by emailing [email protected].

Security & breaches

We take reasonable steps to protect data. In the event of a data breach we will notify the Commissioner and affected users as required by law.

Contact

Nuvia Ventures, No 58, Jalan Seri Putra 2/3C, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor · [email protected]